Thursday, January 8, 2009

Shark Cartilage Plus

saya terpanggil untuk menaip blog kali ini kerana menjawab beberapa persoalan dengan seorang student medic di USM. mengenai ubat hospital dan ubat herba, yang mana yang terbaik. kami membincangkan soal rawatan kanser yang biasa kita dengar iaitu rawatan kemoterapi. rawatan kemoterapi adalah rawatan yang masyhur digunakan, dan akan memberi kesan kepada sel-sel yang membahagi. saya tidak ingin menghurai dengan panjang lebar tentang teknik kemo, lebih suka saya ingin menceritakan kelebihan produk shark cartilage dalam menangani masalah ketumbuhan, kanser, dan sebagainya dengan tidak memberi kesan pada sel sihat. subhanallah, segala puji bagi Allah yang dengan kuasaNya, Dia menciptakan rawan ikan yu. tiada manusia yang boleh cipta rawan ikan yu. dan HPA mengambil peluang atas kesedaran tentang kekuasaan Allah dengan memproses rawan ini untuk dijadikan ubat. rawan ini berfungsi sebagai penyekat aliran makanan kepada sel-sel yang rosak, sel-sel kanser. dan setiap ciptaan Allah termasuklah sel kanser juga perlu kepada makanan. hasil dari penyekatan ini, sel kanser menjadi kecut dan akhirnya mati. secara mudah saya coretkan untuk semua supaya mudah memahami.

berlainan pula dengan kaedah kemoterapi, yang bersifat seperti racun. kerana ia boleh memusnahkan sel-sel lain. disini saya terpanggil untuk menyatakan sesuatu, tentang fitrah atau pun sifat herba antara satunya adalah antidot, de tork, iaitu nyah racun, neutralkan racun. contoh yang paling mudah yang boleh kita ambil ialah air kelapa. air kelapa menawarkan racun. sebagai contohnya orang yang keracunan makanan boleh menggunakan air kelapa untuk neutralkan racun. dan orang tua tua selalu cakap, jangan makan ubat dengan air kelapa, nanti ubat jadi tawar, tak berkesan. dengan makna kata lain, ubat juga termasuk dalam kategori racun. tapi ini tidak berlaku dalam perubatan herba, ubat yang digunakan bukan racun. malah hanya ciptaan dengan komposisi kimia yag stabil dan tidak ada bandingan dengan ubat-ubatan sintetik.

yang paling penting, kita tidak boleh mensekularkan herba-herba yang mempunyai bahan aktif yang sangat baik untuk manusia. komposisi kimia dalam vitamin c semula jadi tidak boleh dicipta semula dengan tangan manusia. kecuali hanya dengan menanam benih-benih herba. KENAPA barat mencipta vitamin sintetik?, maka jawabnya adalah kerana untuk memisahkan sandaran vitamin c adalah ciptaan Allah. mereka ingin menyatakan mereka adalah terhebat di mata manusia kerana dapat mencipta vitamin. dan akhirnya, masyarakat mengagungkan ubat barat dan tidak lagi mengagungkan Allah yang menciptakan ubat dari alam semulajadi. inilah yang saya namakan sekular dalam ubat-ubatan. waALLAHU a`lam..

No comments: