Sunday, January 4, 2009

jalan menuju kejayaan

HPA adalah sebuah syarikat yang membentangkan jalan-jalan yang mudah untuk menuju kejayaan. kejayaan dunia lebih-lebih lagi kejayaan di akhira kelak. namun, setiap jalan pastilah ada ujiannya, yang seringkali menggagalkan manusia yang tidak mahu berusaha. saya teringat kata-kata cikgu murad dalam satu kuliahnya menyebut,imam ghazali ada menyatakan sekira besar dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya. jalan-jalan yang mudah yang saya maksudkan adalah jalan bagi yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan ini. satu perkataan sahaja, semua kerja akan jadi lapang, tenang dan tiada rasa gundah. ya, itulah ikhlas. ikhlas berkerja kerana Allah.

pejuang-pejuang, sahabatku, marilah kita mengubah diri kita, fikirkan kita boleh!!, kita boleh melakukannya demi melihat umat islam yang bersih dari segala yang haram. alangkah berdosanya kita jika kita tahu, tapi kita diamkan diri, kita tidak menjelaskan pada mereka apa yang mereka tidak tahu. saya percaya, jika mereka tahu, mereka juga akan meninggalkan produk-produk lain dan mengguna produk muslim ini sebagai pilihan utama. bukan sekadar pilihan utama, bahkan satu-satunya pilihan yang diyakini halal lagi baik. halalan toyyiba.menerusi makanan yang halal lagi baik inilah akan melahirkan masyarakat islam yang jernih hatinya, sejuk mukanya, lembut kata-katanya.

tidak ada bapa yang ingin melihat anak mereka gagal dalam hidup. diberinya makanan yang mencukupi, pakaian yang baru dan sebagainya semata-mata kerana sayangkan anak. sedangkan kadang-kadang mereka lupa bahawa kemewahan dunia adalah racun bagi anak-anak. hanya ilmu sahaja yang dapat memberi kejayaan dalam hidup ini, manakala kebahagian akan datang selepas daripada ilmu. sahabat-sahabat, bukan wang yang kita cari, akan tetapi ilmu dan amalan sebagai bekalan.

No comments: