Saturday, January 31, 2009

Wednesday, January 28, 2009

^_^minum milo anda jadi sihat dan kuat^_^

alhamdulillah, pada hari ini, saya telah dengar satu cerita daripada seorang ustaz yang menceritakan tentang anaknya yang `berlakon` supaya beliau membeli milo. ustaz ni sudah lama xbeli milo sebab milo ada salah satu produk nestle iaitu produk tajaan yahudi. anaknya buat2 terhuyung hayang semasa main bola dan katanya: ayah, adik da tak kuat da sebab tak minum milo. ustaz tadi pon ceritalah satu per satu kepada anaknya dan menunjukkan bagaimana yahudi menzalimi orang islam dalam jenayah perang, sehinggakan anaknya tadi menangis tidak sanggup melihat penderitaan saudara kita seagama.




sahabat-sahabat muslimin n muslimat sedaraku, marilah kita memboikot barang-barang yahudi 100%, inilah jalan yang kita mampu untuk menolong saudara kita di palestin. insyaAllah dengan boikot barangan ini, ekonomi mereka akan jatuh merundum dan terkubur. kita tahu, mereka mempermainkan kita dengan memperolehi duit hasil keuntungan mereka daripada kita untuk menyerang saudara kita. ayuh boikot barangan yahudi!!!














hpa sekali lagi mengambil langkah menyelamatkan saudara kita di palestin dengan mewujudkan produk radix koko sebagai pengganti milo. oleh itu, kita tidak perlu bimbang kalau-kalau anak kita minta nak minum milo, jangan ragu-ragu lagi, belilah milo buatan orang islam(radix koko). alhamdulillah, HPA, hadiah pemberian Allah

Thursday, January 8, 2009

Shark Cartilage Plus

saya terpanggil untuk menaip blog kali ini kerana menjawab beberapa persoalan dengan seorang student medic di USM. mengenai ubat hospital dan ubat herba, yang mana yang terbaik. kami membincangkan soal rawatan kanser yang biasa kita dengar iaitu rawatan kemoterapi. rawatan kemoterapi adalah rawatan yang masyhur digunakan, dan akan memberi kesan kepada sel-sel yang membahagi. saya tidak ingin menghurai dengan panjang lebar tentang teknik kemo, lebih suka saya ingin menceritakan kelebihan produk shark cartilage dalam menangani masalah ketumbuhan, kanser, dan sebagainya dengan tidak memberi kesan pada sel sihat. subhanallah, segala puji bagi Allah yang dengan kuasaNya, Dia menciptakan rawan ikan yu. tiada manusia yang boleh cipta rawan ikan yu. dan HPA mengambil peluang atas kesedaran tentang kekuasaan Allah dengan memproses rawan ini untuk dijadikan ubat. rawan ini berfungsi sebagai penyekat aliran makanan kepada sel-sel yang rosak, sel-sel kanser. dan setiap ciptaan Allah termasuklah sel kanser juga perlu kepada makanan. hasil dari penyekatan ini, sel kanser menjadi kecut dan akhirnya mati. secara mudah saya coretkan untuk semua supaya mudah memahami.

berlainan pula dengan kaedah kemoterapi, yang bersifat seperti racun. kerana ia boleh memusnahkan sel-sel lain. disini saya terpanggil untuk menyatakan sesuatu, tentang fitrah atau pun sifat herba antara satunya adalah antidot, de tork, iaitu nyah racun, neutralkan racun. contoh yang paling mudah yang boleh kita ambil ialah air kelapa. air kelapa menawarkan racun. sebagai contohnya orang yang keracunan makanan boleh menggunakan air kelapa untuk neutralkan racun. dan orang tua tua selalu cakap, jangan makan ubat dengan air kelapa, nanti ubat jadi tawar, tak berkesan. dengan makna kata lain, ubat juga termasuk dalam kategori racun. tapi ini tidak berlaku dalam perubatan herba, ubat yang digunakan bukan racun. malah hanya ciptaan dengan komposisi kimia yag stabil dan tidak ada bandingan dengan ubat-ubatan sintetik.

yang paling penting, kita tidak boleh mensekularkan herba-herba yang mempunyai bahan aktif yang sangat baik untuk manusia. komposisi kimia dalam vitamin c semula jadi tidak boleh dicipta semula dengan tangan manusia. kecuali hanya dengan menanam benih-benih herba. KENAPA barat mencipta vitamin sintetik?, maka jawabnya adalah kerana untuk memisahkan sandaran vitamin c adalah ciptaan Allah. mereka ingin menyatakan mereka adalah terhebat di mata manusia kerana dapat mencipta vitamin. dan akhirnya, masyarakat mengagungkan ubat barat dan tidak lagi mengagungkan Allah yang menciptakan ubat dari alam semulajadi. inilah yang saya namakan sekular dalam ubat-ubatan. waALLAHU a`lam..

Monday, January 5, 2009

Omega-3


terima kasih kepada saudara/i wnus yang bertanya tentang omega-3. subhanallah, maha suci Allah yg telah menjadikan omega-3. omega-3 mengandungi 3 asid lemak iaitu EPAeicosa pentanoic acid), DHA(decosa hexanoic asid), LLA(linolenik acid), asid amino kompleks dan mineral.

omega-3 memang dapat membantu meningkatkan kemampuan otak untuk belaja dan menguatkan daya ingatan. sangat baik diamalkan oleh pelajar, xkira peringkat rendah, pertegahan mahupun universiti. jadikannya amalan harian.

omega-3 bukan sahaja dapat membantu kita belajar, malah, ianya juga dapat mencegah kanser, trombosit, atheoklorosis, sakit jantung, stress kerana mempunya EPA dan DHA dalam kadar yang tinggi.

subhanallah, maha suci Allah, alhamdulillah, hpa dengan kesedaran ini telah lama mengeluarkan produk sebaik ini untuk semua umat manusia khususnya umat islam, dengan kapsulnya yang digunakan adalah yakin halal, iaitu kapsul halagel.

jaka dahulu, xada kapsul yang halal, sekarang kita bersyukur, setelah berusaha mencari yang halal, kita ketemuinya dalam halalgel, alhamdulillah.

harganya pula amatlah berpatutan dengan hanya rm 32 sebotol, 60 kapsul softgel. inilah Hadiah Pemberian Allah(HPA).

Sunday, January 4, 2009

jalan menuju kejayaan

HPA adalah sebuah syarikat yang membentangkan jalan-jalan yang mudah untuk menuju kejayaan. kejayaan dunia lebih-lebih lagi kejayaan di akhira kelak. namun, setiap jalan pastilah ada ujiannya, yang seringkali menggagalkan manusia yang tidak mahu berusaha. saya teringat kata-kata cikgu murad dalam satu kuliahnya menyebut,imam ghazali ada menyatakan sekira besar dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya. jalan-jalan yang mudah yang saya maksudkan adalah jalan bagi yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan ini. satu perkataan sahaja, semua kerja akan jadi lapang, tenang dan tiada rasa gundah. ya, itulah ikhlas. ikhlas berkerja kerana Allah.

pejuang-pejuang, sahabatku, marilah kita mengubah diri kita, fikirkan kita boleh!!, kita boleh melakukannya demi melihat umat islam yang bersih dari segala yang haram. alangkah berdosanya kita jika kita tahu, tapi kita diamkan diri, kita tidak menjelaskan pada mereka apa yang mereka tidak tahu. saya percaya, jika mereka tahu, mereka juga akan meninggalkan produk-produk lain dan mengguna produk muslim ini sebagai pilihan utama. bukan sekadar pilihan utama, bahkan satu-satunya pilihan yang diyakini halal lagi baik. halalan toyyiba.menerusi makanan yang halal lagi baik inilah akan melahirkan masyarakat islam yang jernih hatinya, sejuk mukanya, lembut kata-katanya.

tidak ada bapa yang ingin melihat anak mereka gagal dalam hidup. diberinya makanan yang mencukupi, pakaian yang baru dan sebagainya semata-mata kerana sayangkan anak. sedangkan kadang-kadang mereka lupa bahawa kemewahan dunia adalah racun bagi anak-anak. hanya ilmu sahaja yang dapat memberi kejayaan dalam hidup ini, manakala kebahagian akan datang selepas daripada ilmu. sahabat-sahabat, bukan wang yang kita cari, akan tetapi ilmu dan amalan sebagai bekalan.